30 Dec 2014

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

SAN FRANCISCO  â€" Laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran membersihkan pengikut tidak aktif atau palsu melibatkan 100 akaun dengan jumlah pengikut paling ramai di Amerika Syarikat (AS).

Hasil operasi penapisan itu, berlaku penurunan mendadak bilangan pengikut di sesebuah akaun Instagram, menurut seorang pakar teknologi web terkenal AS, Zach Alia menerusi indeks terbaharu laman kajian perkongsian foto tersebut 64px.com/instagram/.

Berdasarkan pemantauan laman itu, terbukti ada akaun Instagram sebenarnya memiliki berjuta-juta jumlah pengikut ‘hantu’ yang sengaja diwujudkan bagi tujuan tertentu mungkin untuk bersaing populariti atau perang saraf kononnya akaun itu diminati ramai orang.

“Penurunan paling banyak dialami akaun dengan nama samaran chiragchirag78 yang awalnya dicatat memiliki sebanyak 3,660,468 pengikut tetapi setelah ‘dibersihkan’, ia hanya memiliki lapan pengikut sahaja!” kata Alia dalam ulasan ringkas laman kajian itu.

Penyanyi muda popular asal Kanada, Justin Bieber juga mengalami penurunan pengikut yang cukup signifikan daripada lebih 23 juta pengikut, boleh kurang secara drastik sebanyak 3,538,228 pengikut sebelum langsung cuma menjadi kira-kira 20 juta pengikut.

Ironi, penurunan terbesar malah dialami akaun rasmi Instagram sendiri iaitu daripada jumlah asal sebanyak 64,131,228 pengikut namun selepas dibersihkan pengikut laman yang dimiliki firma Facebook tersebut hanya tinggal sebanyak 45,251,017 pengikut sahaja.

Instagram diasaskan sejak tahun 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger; akhir tahun ini merekodkan lebih 300 juta akaun selepas diambil alih Facebook pada 2012 dengan kadar pertumbuhan kira-kira 23 peratus setahun berbanding Facebook 3 peratus. â€" Agensi

Laman akaun rasmi Instagram milik penyanyi terkenal, Justin Bieber yang mencatatkan penurunan drastik jumlah pengikut. – Gambar hiasan

Senarai 10 akaun Instagram dengan penurunan besar:

1. Instagram               =          Asal: 64,131,228         Kini: 45,251,017

2. Justin Bieber           =          Asal: 23,817,614         Kini: 20,279,386

3. Kim Kardashian      =          Asal: 23,519,002         Kini: 22,218,039

4. Beyonce                  =          Asal: 22,207,790         Kini: 21,375,819

5. Ariana Grande        =          Asal: 21,748,827         Kini: 20,219,621

6. Selena Gomez         =          Asal: 19,572,601         Kini: 18,456,569

7. Kendall Jener          =          Asal: 17,048,332         Kini: 16,141,435

8. Taylor Swift            =          Asal: 16,540,314         Kini: 15,814,935

9. Khloe Kardashian   =          Asal: 15,929,263         Kini: 15,180,994

10. Kylie Jenner          =          Asal: 15,651,311         Kini: 14,824,782

comments