1 Jan 2015

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 256,191 Sehingga 25 Dis

Pendaftaran GST Meningkat Kepada 256,191 Sehingga 25 Dis

KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 256,191 sehingga semalam, meningkat 1,970 berbanding Rabu, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST kini melepasi sasaran kerajaan sebanyak 140,000 sehingga akhir tahun.

Perniagaan dengan jumlah pendapatan tahunan kurang daripada RM500,000 juga digesa mendaftar untuk GST sebagai persiapan untuk masa depan.

Mereka mempunyai masa sehingga 31 Dis untuk mendaftar bagi menjayakan sistem itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA

comments

Mohd Ridhuan Tee Dilarang Masuk Sarawak

Mohd Ridhuan Tee Dilarang Masuk Sarawak

KUCHING – Ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), pagi ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak, Hamfatullah Syawal Hamdan ketika dihubungi Bernama di sini mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Mohd Ridhuan memasuki Sarawak.

Bernama difahamkan Mohd Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Beberapa pihak sebelum ini menyuarakan harapan mereka menerusi laman sosial, agar penceramah itu dihalang daripada memasuki Sarawak.

Seorang sumber yang dihubungi Bernama berkata: “Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Mohd Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan.”

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu, dan Adenan yang baru dilantik sebagai ketua menteri pada hujung Februari lepas pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. – BERNAMA

comments

GAMBAR: Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir

GAMBAR: Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir

kcd

sumbangan 1

sumbangan 11

sumbangan 10

sumbangan 9

sumbangan 8

sumbangan 5

sumbangan 4

sumbangan 3

sumbangan 2

Jujurnya, kami kagum dengan keprihatinan rakyat Malaysia di saat beberapa negeri menghadapi musibah banjir yang cukup teruk dengan jumlah mangsa sudah melebihi 100,000 orang.

Pendek kata, cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga.

Menerusi page Facebook Kelab Che Det, pihak adminnya telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan usaha orang ramai untuk mengumpul sumbangan di Tesco Ampang.

Ia termasuklah bekalan makanan dan keperluan harian seperti beras, minuman, lampin pakai buang, pakaian dan sebagainya untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri yang terlibat.

Dengan jumlah mangsa yang kini sudah melebihi 100,000 orang, diharap agar lebih banyak lagi pihak yang sudi memberi sumbangan.

Jom lihat gambar-gambar sekitar pusat pengumpulan: – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: ELZA

comments