Showing posts with label Tahukah. Show all posts
Showing posts with label Tahukah. Show all posts

30 Dec 2014

LG G3 dan LG G3 Stylus Telah Memasuki Pasaran Malaysia

LG G3 dan LG G3 Stylus Telah Memasuki Pasaran Malaysia

LG-G3-STYLUS-11-1-

LG membuat kemunculan mengejut apabila ia memasuki semula pasaran Malaysia, membawa bersamanya LG G3 dan G3 Stylus.

Syarikat Gergasi Korea Selatan itu dilihat pada sebelum ini tidak memasarkan peranti pintarnya di Malaysia untuk satu jangka masa yang agak lama atas sebab-sebab tertentu.

Dengan kemunculan dua telefon pintar ini, menandakan penyertaan semulanya ke pasaran Malaysia.

Menurut laman Amanz, pengedarnya di Malaysia, Brightstar mengesahkan bahawa LG G3 akan dijual pada harga RM1,699 manakala LG G3 Stylus akan dijual pada harga RM799.

Memandangkan kedua-dua telefon pintar ini teleh dilancarkan 7 bulan yang lalu, anda tidak boleh mengharapkan spesifikasi terkini, tetapi ia masih mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan skrin 5.5 inci Quad HD, pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801, 3GB RAM, 32GB ruang storan kamera utama 13MP dengan penstabil imej dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Sebuah ciri menarik yang terdapat pada kamea LG G3 adalah sistem AF (Auto Focus) lazernya yang mengurangkan masa pemprosesan imej.

Peranti yang menyokong rangkaian 4G LTE ini di datangkan dengan Android 4.4 Kitkat dan boleh dikemaskini dengan Android 5.0 Lolipop tidak lama lagi.

Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual minggu hadapan dan kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyerbu wakil jualan LG berhampiran anda.

Bagi LG G3 Stylus pula, ia hadir dengan skrin 5.5 inci qHD 960×540 dan didatangkan dengan pen stylus. Memandangkan ia sebuah peranti bajet, pemproses peranti ini menggunakan 1.3GHz Quad-Core MediaTek MT6582 dengan 1GB RAM.

Ruang storannya sedikit kecil iaitu 8GB tetapi terdapat ruangan slot kad SD yang menyokong sehingga 32GB ruang storan tambahan.

Dengan kapasiti bateri 3,000mAh dan juga kamera utama 13MP (Tanpa AF Lazer), ia menyokong sistem dwi kad SIM dengan 3G HSPA yang berkelajuan sehingga 21Mbps - MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Dapatkan Detik Instagram Menarik 2014 Anda

Dapatkan Detik Instagram Menarik 2014 Anda

Instagram merupakan salah satu laman sosial popular yang digunakan untuk berkongsi gambar dan juga video ringkas selama 15 saat.

Kini, seperti tahun lepas, pihak Iconosquare menyediakan sebuah fungsi khusus bagi membolehkan anda mencipta video ringkas memperlihatkan detik-detik menarik yang telah dirakam sepanjang tahun 2014 ini.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun Instagram di laman Iconosquare, dan anda akan dipaparkan dengan sebuah popup untuk membolehkan anda mencipta video detik menarik sepanjang 2014 ini.

Sekiranya tidak, anda boleh klik pada tab Snapshots, ia akan mengambil masa beberapa minit sebelum anda menerima emel dengan video untuk dimuat-turun. Sebaik sahaja mendapatnya, anda boleh memuat-naik ke Instagram dan berkongsi dengan lain detik-detik menarik anda sepanjang 2014.

Iconosquare mengumpulkan data detik Instagram ini mengikut angka Like tertinggi yang diterima pada gambar-gambar anda di Instagram.

Bagi yang aktif menggunakan Instagram, anda boleh ke laman Iconosquare hari ini, dan dapatkan video detik menarik anda sepanjang tahun ini.

Layari: iconosquare

Oleh: hzqahmd

comments

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

SAN FRANCISCO  â€" Laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran membersihkan pengikut tidak aktif atau palsu melibatkan 100 akaun dengan jumlah pengikut paling ramai di Amerika Syarikat (AS).

Hasil operasi penapisan itu, berlaku penurunan mendadak bilangan pengikut di sesebuah akaun Instagram, menurut seorang pakar teknologi web terkenal AS, Zach Alia menerusi indeks terbaharu laman kajian perkongsian foto tersebut 64px.com/instagram/.

Berdasarkan pemantauan laman itu, terbukti ada akaun Instagram sebenarnya memiliki berjuta-juta jumlah pengikut ‘hantu’ yang sengaja diwujudkan bagi tujuan tertentu mungkin untuk bersaing populariti atau perang saraf kononnya akaun itu diminati ramai orang.

“Penurunan paling banyak dialami akaun dengan nama samaran chiragchirag78 yang awalnya dicatat memiliki sebanyak 3,660,468 pengikut tetapi setelah ‘dibersihkan’, ia hanya memiliki lapan pengikut sahaja!” kata Alia dalam ulasan ringkas laman kajian itu.

Penyanyi muda popular asal Kanada, Justin Bieber juga mengalami penurunan pengikut yang cukup signifikan daripada lebih 23 juta pengikut, boleh kurang secara drastik sebanyak 3,538,228 pengikut sebelum langsung cuma menjadi kira-kira 20 juta pengikut.

Ironi, penurunan terbesar malah dialami akaun rasmi Instagram sendiri iaitu daripada jumlah asal sebanyak 64,131,228 pengikut namun selepas dibersihkan pengikut laman yang dimiliki firma Facebook tersebut hanya tinggal sebanyak 45,251,017 pengikut sahaja.

Instagram diasaskan sejak tahun 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger; akhir tahun ini merekodkan lebih 300 juta akaun selepas diambil alih Facebook pada 2012 dengan kadar pertumbuhan kira-kira 23 peratus setahun berbanding Facebook 3 peratus. â€" Agensi

Laman akaun rasmi Instagram milik penyanyi terkenal, Justin Bieber yang mencatatkan penurunan drastik jumlah pengikut. – Gambar hiasan

Senarai 10 akaun Instagram dengan penurunan besar:

1. Instagram               =          Asal: 64,131,228         Kini: 45,251,017

2. Justin Bieber           =          Asal: 23,817,614         Kini: 20,279,386

3. Kim Kardashian      =          Asal: 23,519,002         Kini: 22,218,039

4. Beyonce                  =          Asal: 22,207,790         Kini: 21,375,819

5. Ariana Grande        =          Asal: 21,748,827         Kini: 20,219,621

6. Selena Gomez         =          Asal: 19,572,601         Kini: 18,456,569

7. Kendall Jener          =          Asal: 17,048,332         Kini: 16,141,435

8. Taylor Swift            =          Asal: 16,540,314         Kini: 15,814,935

9. Khloe Kardashian   =          Asal: 15,929,263         Kini: 15,180,994

10. Kylie Jenner          =          Asal: 15,651,311         Kini: 14,824,782

comments

Meizu M1 Note, Spesifikasi Premium Pada Harga Yang Rendah

Meizu M1 Note, Spesifikasi Premium Pada Harga Yang Rendah

meizu-m1-note-sim

Meizu hari ini memperkenalkan peranti pertama mereka dibawah keluarga “Blue Charm”, dinamakan sebagai M1 Note.

Peranti berupa phablet ini hadir dengan beberapa pilihan warna seakan yang terdapat pada iPhone 5C dan ditawarkan pada harga yang amat rendah.

M1 Note ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras MediaTek MT6752.

Cip lapan teras ini membawakan kuasa pemprosesan yang baik, selain turut menyertakan sokongan grafik yang sesuai untuk memainkan pelbagai jenis permainan dan pada masa yang sama kebolehan menggunakan rangkaian LTE.

Untuk bahagian skrin, Meizu menggunakan panel daripada pihak Sharp/AUO, sementara untuk kamera belakang 13-megapixel, mereka menggunakan kamera daripada Samsung.

Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie.

Seperti kebanyakkan telefon pintar dari China, Meizu turut melengkapkan m1 Note dengan sokongan dwi-SIM. Untuk perisian, ia menggunakan Android dan dilengkapi antaramuka dan beberapa fungsi tambahan daripada Meizu melalui Flyme OS.

Buat masa ini, harga jualan tempatan dan bilakah Meizu akan menawarkan M1 Note di pasaran global masih tidak diketahui lagi.

Harga jualan M1 Note di China adalah 999 Yuan (RM561), yang mana boleh dikatakan agak murah untuk spesifikasi yang ditawarkan mereka-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Ura-Ura: iPhone 7 Bakal Didatangkan Tanpa Bingkai?

Ura-Ura: iPhone 7 Bakal Didatangkan Tanpa Bingkai?

Walaupun iPhone 6 dan iPhone 6 plus masih lagi boleh dianggap ‘pisang panas’ dalam dunia gadget, ura-ura tentang iPhone 7 sudah mula tersebar di internet.

Menurut laporan dari beberapa portal gadget, iPhone 7 akan bertemu dengan peminat pada awal September 2015.

Selain itu, iPhone 7 juga dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan A9 keluaran Samsung.

Tetapi, apa yang paling menarik setakat ini adalah model iPhone ketujuh ini dikatakan akan mempunyai skrin penuh. Ini bermakna iPhone 7 tidak akan mempunyai bingkai seperti model-model sebelumnya.

Ciri tanpa bingkai ini secara automatik akan menambah saiz skrin pada iPhone dari 4.7 inci kepada 5 inci-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Best.. Peranti Samsung Mungkin Guna RAM 4GB Tahun Depan

Best.. Peranti Samsung Mungkin Guna RAM 4GB Tahun Depan

TAK lama dahulu tersebar khabar bahawa Samsung Galaxy S6 yang akan datang bakal dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB, namun ketika itu tiada bukti kukuh menyokong dakwaan itu.

Kini, pihak Samsung sendiri secara tidak langsung telah mengesahkan perkara tersebut dengan mengumumkan pelancaran modul 4GB LPDDR4 mobile DRAM bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.

Modul LPDDR4 Samsung ini dilihat mampu mencatat prestasi dua kali ganda lebih pantas berbanding RAM DDR3 yang digunakan pada komputer masa kini.

Ia juga menyokong rakaman bagi memainkan semula video UHD di samping menyokong pengambilan gambar 20MP+ secara berterusan, menjadikan ia satu aset penting bagi pemilik telefon pintar kamera.

Sungguhpun prestasinya hebat, ia hanya menggunakan voltan sebanyak 1.1V, menjadikannya pilihan paling berkuasa rendah bagi telefon pintar dan tablet.

Ini bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah mengurangkan penggunaan tenaga.

Dengan ini, kita boleh mengharapkan Samsung Galaxy S6, Note 5 dan lain-lain telefon pintar berspesifikasi tinggi yang akan dikeluarkan akan memiliki modul 4GB LPDDR4 ini. - MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments