30 Dec 2014

Sesi Sekolah Penggal 2015 Ditangguh – Idris

Sesi Sekolah Penggal 2015 Ditangguh – Idris

Bagi negeri yang terjejas akibat tragedi banjir, Kementerian Pendidikan kini sedang mempertimbangkan kemungkinan penangguhan sesi persekolahan pada awal tahun hadapan.
Menurut Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, langkah ini berikutan kebanyakan sekolah di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia teruk ditenggalami air.
Katanya lagi, kementerian kini sedang menunggu laporan dari Jabatan Pendidikan Negeri sebelum membuat keputusan sama ada sekolah bakal dibuka mengikut jadual iaitu 5 Januari atau dianjak ke tarikh baru.
“Sekarang ini sebahagian besar sekolah di negeri yang terjejas masih dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan tidak boleh dijadikan tempat belajar.” 
Kenyataan tersebut dikeluarkan Idris kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir dan Air Pasang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Terengganu, pada Khamis.
Dalam pada itu, kementeriannya masih belum menerima laporan tentang kerosakkan peralatan di sekolah kerana situasi banjir yang masih belum reda terutama di Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

Rakaman Banjir Di Kawasan Kota Bharu, Kelantan pada Khamis, 25 Disember 2014
comments

41 Keluarga Terlibat Letupan Bom Sudah Berdaftar JKM

41 Keluarga Terlibat Letupan Bom Sudah Berdaftar JKM

GURUN: Anggota polis masih kelihatan menjalankan siasatan di tempat kejadian letupan bom yang mengorbankan tiga orang di Taman Ria Mesra di sini. - Foto BERNAMA

GURUN (Kedah) – Sebanyak 41 daripada 45 keluarga yang terlibat dalam kejadian letupan bom di sebuah rumah di Taman Ria Mesra 2 di sini petang Rabu telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong berkata pihak JKM akan mengenal pasti empat keluarga lagi yang belum didaftarkan dalam senarai mangsa terlibat.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun berkata mangsa yang terlibat akan diberi bantuan awal oleh pihak JKM sebelum bantuan susulan daripada kerjaaan negeri selepas proses siasatan di tempat kejadian selesai.

Katanya JKM turut menyediakan pusat penempatan sementara di sebuah masjid dalam taman tersebut bagi membolehkan keluarga yang tiada tempat tinggal berteduh buat sementara waktu.

“Setakat ini tiada keluarga yang tinggal di pusat penempatan sementara itu. Mereka kini tinggal di rumah jiran dan saudara mara terdekat. Saya lihat kejiranan di taman ini amat baik sebab mangsa yang rumah mereka rosak tidak menghadapi masalah untuk tinggal di rumah jiran buat sementara waktu,” katanya pada sidang media selepas melawat tempat kejadian, Khamis.

Dr Leong berkata pihaknya akan meminta bantuan unit Psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk menghantar kakitangannya bagi membantu anggota keluarga mangsa yang trauma dengan kejadian tragis itu.

“Walaupun mereka tidak minta tapi kita akan hantar mereka juga untuk bantu mereka untuk memulih keadaan (trauma),” katanya.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut. | Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, cedera parah. – MSTAR ONLINE

comments

Penuntut UiTM Terjejas Banjir Diminta Hubungi Universiti

Penuntut UiTM Terjejas Banjir Diminta Hubungi Universiti

JOHOR BHARU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini meminta pelajarnya yang terjejas banjir supaya menghubungi pihak universiti sekiranya mereka berdepan masalah untuk pulang ke kampus bagi menduduki peperiksaan akhir yang bermula Ahad ini hingga 17 Jan depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM Prof Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata pelajar yang terjejas boleh menghubungi bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di talian 07-5530014/15 (Bahagian Keselamatan) atau SMS ke 019-7497939.

Pelajar Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) UTM pula boleh menghubungi talian 019-7355577, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini tujuh pelajar wanita yang pulang ke kampung halaman di Kelantan dan Pahang sudah menghubungi pihak universiti.

“Mereka yang pulang ke kampung halaman sempena cuti minggu ulang kaji pada minggu ini mengalami kesukaran untuk pulang semula ke universiti kerana kebanyakan laluan sudah dinaiki air,” katanya.

Mohd Ismail berkata pihak UTM menasihati pelajar yang terjejas oleh bencana alam itu supaya menunggu sehingga keadaan pulih sebelum pulang ke universiti.

“Tentang peperiksaan, mereka akan dibenarkan menduduki peperiksaan khas nanti atas budi bicara pihak universiti,” katanya. – BERNAMA

comments

Ukraine, Pemisah Pro-Russia Bertukar Tahanan Perang

Ukraine, Pemisah Pro-Russia Bertukar Tahanan Perang

DONETSK – Kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Russia hari ini bertukar tahanan dan banduan perang yang membabitkan hampir 370 orang hari ini, langkah yang dianggap penting ke arah mengurangkan pertelingkahan di timur Ukraine.

Ukraine menyerahkan kira-kira 222 tahanan manakala kumpulan pemisah membebaskan 145 orang, demikian menurut agensi berita Russia, RIA Novosti.

Ia adalah pertukaran tahanan paling terbesar dalam satu masa sejak puak pemisah pro-Russia menguasai timur Ukraine pada April lalu.

Agensi berita Interfax pula memetik Svyatoslav Tsegolko, seorang jurucakap kepada Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, bahawa 146 tahanan Ukraine itu dibebaskan hari ini manakala empat lagi esok. Sementara itu, dalam kenyataan rasmi kerajaan Ukraine menyebut 150 tahanan Ukraine sedang bersiap sedia untuk dibebaskan.

Ratusan yang lain sudah dibebaskan sejak beberapa bulan lalu.

Angka yang dikeluarkan semalam berbeza dan bas yang membawa tahanan berkenaan tiba di kawasan utara Donetsk, iaitu kubu kuat puak pemisah. – AP

comments

Angka Kematian Ebola Meningkat Kepada 7,693

Angka Kematian Ebola Meningkat Kepada 7,693

GENEVA – Angka kematian disebabkan wabak Ebola di barat Afrika kini meningkat kepada 7,693 daripada 19,695 kes jangkitan yang direkodkan, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

Angka kematian sebelum ini yang dikeluarkan pada 22 Disember lalu ialah 7,518 daripada 19,340 kes jangkitan yang membabitkan negara Sierra Leone, Liberia dan Guinea.

Di seluruh dunia, Ebola sudah meragut sekurang-kurangnya 7,708, nyawa termasuk enam korban di Mali, satu kematian di Amerika Syarikat dan lapan di Nigeria, yang mengisytiharkan bebas Ebola pada Oktober lalu.

Sepanyol dan Senegal, kedua-duanya yang mengisytiharkan bebas daripada Ebola masing-masing mencatatkan satu kes jangkitan namun tiada kematian.

Sierra Leone, yang mengambil tempat daripada Liberia menjadi negara paling ramai dijangkiti Ebola iaitu 9,203 kes dengan 2,655 kematian, demikian menurut angka yang dikeluarkan WHO pada 22 Disember lalu. – AFP

comments

Pelajar UMP Terlibat Banjir Perlu Maklum Universiti

Pelajar UMP Terlibat Banjir Perlu Maklum Universiti

comments

LG G3 dan LG G3 Stylus Telah Memasuki Pasaran Malaysia

LG G3 dan LG G3 Stylus Telah Memasuki Pasaran Malaysia

LG-G3-STYLUS-11-1-

LG membuat kemunculan mengejut apabila ia memasuki semula pasaran Malaysia, membawa bersamanya LG G3 dan G3 Stylus.

Syarikat Gergasi Korea Selatan itu dilihat pada sebelum ini tidak memasarkan peranti pintarnya di Malaysia untuk satu jangka masa yang agak lama atas sebab-sebab tertentu.

Dengan kemunculan dua telefon pintar ini, menandakan penyertaan semulanya ke pasaran Malaysia.

Menurut laman Amanz, pengedarnya di Malaysia, Brightstar mengesahkan bahawa LG G3 akan dijual pada harga RM1,699 manakala LG G3 Stylus akan dijual pada harga RM799.

Memandangkan kedua-dua telefon pintar ini teleh dilancarkan 7 bulan yang lalu, anda tidak boleh mengharapkan spesifikasi terkini, tetapi ia masih mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan skrin 5.5 inci Quad HD, pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801, 3GB RAM, 32GB ruang storan kamera utama 13MP dengan penstabil imej dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Sebuah ciri menarik yang terdapat pada kamea LG G3 adalah sistem AF (Auto Focus) lazernya yang mengurangkan masa pemprosesan imej.

Peranti yang menyokong rangkaian 4G LTE ini di datangkan dengan Android 4.4 Kitkat dan boleh dikemaskini dengan Android 5.0 Lolipop tidak lama lagi.

Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual minggu hadapan dan kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyerbu wakil jualan LG berhampiran anda.

Bagi LG G3 Stylus pula, ia hadir dengan skrin 5.5 inci qHD 960×540 dan didatangkan dengan pen stylus. Memandangkan ia sebuah peranti bajet, pemproses peranti ini menggunakan 1.3GHz Quad-Core MediaTek MT6582 dengan 1GB RAM.

Ruang storannya sedikit kecil iaitu 8GB tetapi terdapat ruangan slot kad SD yang menyokong sehingga 32GB ruang storan tambahan.

Dengan kapasiti bateri 3,000mAh dan juga kamera utama 13MP (Tanpa AF Lazer), ia menyokong sistem dwi kad SIM dengan 3G HSPA yang berkelajuan sehingga 21Mbps - MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Dapatkan Detik Instagram Menarik 2014 Anda

Dapatkan Detik Instagram Menarik 2014 Anda

Instagram merupakan salah satu laman sosial popular yang digunakan untuk berkongsi gambar dan juga video ringkas selama 15 saat.

Kini, seperti tahun lepas, pihak Iconosquare menyediakan sebuah fungsi khusus bagi membolehkan anda mencipta video ringkas memperlihatkan detik-detik menarik yang telah dirakam sepanjang tahun 2014 ini.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun Instagram di laman Iconosquare, dan anda akan dipaparkan dengan sebuah popup untuk membolehkan anda mencipta video detik menarik sepanjang 2014 ini.

Sekiranya tidak, anda boleh klik pada tab Snapshots, ia akan mengambil masa beberapa minit sebelum anda menerima emel dengan video untuk dimuat-turun. Sebaik sahaja mendapatnya, anda boleh memuat-naik ke Instagram dan berkongsi dengan lain detik-detik menarik anda sepanjang 2014.

Iconosquare mengumpulkan data detik Instagram ini mengikut angka Like tertinggi yang diterima pada gambar-gambar anda di Instagram.

Bagi yang aktif menggunakan Instagram, anda boleh ke laman Iconosquare hari ini, dan dapatkan video detik menarik anda sepanjang tahun ini.

Layari: iconosquare

Oleh: hzqahmd

comments

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

Artis Hilang Ramai Pengikut Lepas Instagram Buat Pembersihan

SAN FRANCISCO  â€" Laman perkongsian gambar paling popular di dunia, Instagram baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran membersihkan pengikut tidak aktif atau palsu melibatkan 100 akaun dengan jumlah pengikut paling ramai di Amerika Syarikat (AS).

Hasil operasi penapisan itu, berlaku penurunan mendadak bilangan pengikut di sesebuah akaun Instagram, menurut seorang pakar teknologi web terkenal AS, Zach Alia menerusi indeks terbaharu laman kajian perkongsian foto tersebut 64px.com/instagram/.

Berdasarkan pemantauan laman itu, terbukti ada akaun Instagram sebenarnya memiliki berjuta-juta jumlah pengikut ‘hantu’ yang sengaja diwujudkan bagi tujuan tertentu mungkin untuk bersaing populariti atau perang saraf kononnya akaun itu diminati ramai orang.

“Penurunan paling banyak dialami akaun dengan nama samaran chiragchirag78 yang awalnya dicatat memiliki sebanyak 3,660,468 pengikut tetapi setelah ‘dibersihkan’, ia hanya memiliki lapan pengikut sahaja!” kata Alia dalam ulasan ringkas laman kajian itu.

Penyanyi muda popular asal Kanada, Justin Bieber juga mengalami penurunan pengikut yang cukup signifikan daripada lebih 23 juta pengikut, boleh kurang secara drastik sebanyak 3,538,228 pengikut sebelum langsung cuma menjadi kira-kira 20 juta pengikut.

Ironi, penurunan terbesar malah dialami akaun rasmi Instagram sendiri iaitu daripada jumlah asal sebanyak 64,131,228 pengikut namun selepas dibersihkan pengikut laman yang dimiliki firma Facebook tersebut hanya tinggal sebanyak 45,251,017 pengikut sahaja.

Instagram diasaskan sejak tahun 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger; akhir tahun ini merekodkan lebih 300 juta akaun selepas diambil alih Facebook pada 2012 dengan kadar pertumbuhan kira-kira 23 peratus setahun berbanding Facebook 3 peratus. â€" Agensi

Laman akaun rasmi Instagram milik penyanyi terkenal, Justin Bieber yang mencatatkan penurunan drastik jumlah pengikut. – Gambar hiasan

Senarai 10 akaun Instagram dengan penurunan besar:

1. Instagram               =          Asal: 64,131,228         Kini: 45,251,017

2. Justin Bieber           =          Asal: 23,817,614         Kini: 20,279,386

3. Kim Kardashian      =          Asal: 23,519,002         Kini: 22,218,039

4. Beyonce                  =          Asal: 22,207,790         Kini: 21,375,819

5. Ariana Grande        =          Asal: 21,748,827         Kini: 20,219,621

6. Selena Gomez         =          Asal: 19,572,601         Kini: 18,456,569

7. Kendall Jener          =          Asal: 17,048,332         Kini: 16,141,435

8. Taylor Swift            =          Asal: 16,540,314         Kini: 15,814,935

9. Khloe Kardashian   =          Asal: 15,929,263         Kini: 15,180,994

10. Kylie Jenner          =          Asal: 15,651,311         Kini: 14,824,782

comments

Meizu M1 Note, Spesifikasi Premium Pada Harga Yang Rendah

Meizu M1 Note, Spesifikasi Premium Pada Harga Yang Rendah

meizu-m1-note-sim

Meizu hari ini memperkenalkan peranti pertama mereka dibawah keluarga “Blue Charm”, dinamakan sebagai M1 Note.

Peranti berupa phablet ini hadir dengan beberapa pilihan warna seakan yang terdapat pada iPhone 5C dan ditawarkan pada harga yang amat rendah.

M1 Note ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras MediaTek MT6752.

Cip lapan teras ini membawakan kuasa pemprosesan yang baik, selain turut menyertakan sokongan grafik yang sesuai untuk memainkan pelbagai jenis permainan dan pada masa yang sama kebolehan menggunakan rangkaian LTE.

Untuk bahagian skrin, Meizu menggunakan panel daripada pihak Sharp/AUO, sementara untuk kamera belakang 13-megapixel, mereka menggunakan kamera daripada Samsung.

Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie.

Seperti kebanyakkan telefon pintar dari China, Meizu turut melengkapkan m1 Note dengan sokongan dwi-SIM. Untuk perisian, ia menggunakan Android dan dilengkapi antaramuka dan beberapa fungsi tambahan daripada Meizu melalui Flyme OS.

Buat masa ini, harga jualan tempatan dan bilakah Meizu akan menawarkan M1 Note di pasaran global masih tidak diketahui lagi.

Harga jualan M1 Note di China adalah 999 Yuan (RM561), yang mana boleh dikatakan agak murah untuk spesifikasi yang ditawarkan mereka-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Ura-Ura: iPhone 7 Bakal Didatangkan Tanpa Bingkai?

Ura-Ura: iPhone 7 Bakal Didatangkan Tanpa Bingkai?

Walaupun iPhone 6 dan iPhone 6 plus masih lagi boleh dianggap ‘pisang panas’ dalam dunia gadget, ura-ura tentang iPhone 7 sudah mula tersebar di internet.

Menurut laporan dari beberapa portal gadget, iPhone 7 akan bertemu dengan peminat pada awal September 2015.

Selain itu, iPhone 7 juga dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan A9 keluaran Samsung.

Tetapi, apa yang paling menarik setakat ini adalah model iPhone ketujuh ini dikatakan akan mempunyai skrin penuh. Ini bermakna iPhone 7 tidak akan mempunyai bingkai seperti model-model sebelumnya.

Ciri tanpa bingkai ini secara automatik akan menambah saiz skrin pada iPhone dari 4.7 inci kepada 5 inci-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

Best.. Peranti Samsung Mungkin Guna RAM 4GB Tahun Depan

Best.. Peranti Samsung Mungkin Guna RAM 4GB Tahun Depan

TAK lama dahulu tersebar khabar bahawa Samsung Galaxy S6 yang akan datang bakal dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB, namun ketika itu tiada bukti kukuh menyokong dakwaan itu.

Kini, pihak Samsung sendiri secara tidak langsung telah mengesahkan perkara tersebut dengan mengumumkan pelancaran modul 4GB LPDDR4 mobile DRAM bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.

Modul LPDDR4 Samsung ini dilihat mampu mencatat prestasi dua kali ganda lebih pantas berbanding RAM DDR3 yang digunakan pada komputer masa kini.

Ia juga menyokong rakaman bagi memainkan semula video UHD di samping menyokong pengambilan gambar 20MP+ secara berterusan, menjadikan ia satu aset penting bagi pemilik telefon pintar kamera.

Sungguhpun prestasinya hebat, ia hanya menggunakan voltan sebanyak 1.1V, menjadikannya pilihan paling berkuasa rendah bagi telefon pintar dan tablet.

Ini bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah mengurangkan penggunaan tenaga.

Dengan ini, kita boleh mengharapkan Samsung Galaxy S6, Note 5 dan lain-lain telefon pintar berspesifikasi tinggi yang akan dikeluarkan akan memiliki modul 4GB LPDDR4 ini. - MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

comments

PAS Khianati Pengundi Bukan Islam – DAP

PAS Khianati Pengundi Bukan Islam – DAP

KUALA LUMPUR – PAS tidak perlu tunggu selama 50 tahun untuk menang di Kedah dan Perak jika undang-undang hudud begitu penting kepada parti itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, PAS sepatutnya telah banyak menang kerusi sebelum tahun tersebut dan tidak perlu berkerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk mencatat kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

“Kira-kira 80 peratus bukan Islam yang mengundi PAS pada tahun 2013 akan berasa dikhianati oleh PAS dengan pelaksanaan undang-undang hudud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menganggap semua alasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan mengelirukan pengundi bukan Islam.

Menurutnya, bukan Islam tahu undang-undang hudud lambat laun akan turut dilaksanakan ke atas seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam selepas dilaksanakan di Kelantan.

Katanya, PAS membuat alasan tidak munasabah bahawa parti itu berhak melaksanakan undang-undang hudud tanpa persetujuan pakatan pembangkang kerana parti itu telah lama mengetengahkan undang-undang itu.

“Mengapa PAS tidak melaksanakan undang-undang hudud selepas menjadi Menteri Besar di Perak dan Kedah pada tahun 2008?,” katanya.

comments

Pemuda MIC Tolak Hudud

Pemuda MIC Tolak Hudud

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC, C.Sivarraajh mendakwa undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS undang-undang kuno yang cadangannya perlu ditentang oleh semua Ahli Parlimen.

Beliau mendakwa, rakyat Malaysia tidak boleh menerima undang-undang yang mengenakan hukuman potong tangan kerana mencuri, rejam dengan batu hingga mati dan rotan kerana minum arak itu disebalik undang-undang sedia ada.

“Ahli Parlimen mesti berpegang kepada sumpah mereka iaitu mempertahankan Perlembagaan dan undang-undang negara ini. Akan ada dua set undang-undang di negara ini nanti.

“Tidak boleh mengatakan undang-undang Islam itu hanya untuk muslim kerana ia akan turut memberi kesan ke atas setiap rakyat. Seluruh penganut Kristian, Hindu, Budda dan agama lain terpaksa hidup dalam undang-undang Islam tidak mengira ia baik atau buruk,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sivarraajh bagaimanapun mendakwa, harapan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak akan menjadi kenyataan kerana Ahli Parlimen bukan Islam pasti tidak menyokong pelaksanaan undang-undang itu.

comments

Datuk Seri G.Palanivel Tidak Akan Letak Jawatan

Datuk Seri G.Palanivel Tidak Akan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Sepanduk mendesak Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel untuk meletak jawatan digantung dari jejabat Lebuhraya Jalan Tun Razak menjadi perhatian sebelum mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja parti itu diadakan di Ibu Pejabat MIC, Khamis lalu.

Sejam sebelum mesyuarat bermula, beberapa ratus ahli parti yang tidak sealiran dengan Palanivel memenuhi pintu masuk bangunan membawa placard dan berteriak menggunakan mikrofon, mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Berlaku sedikit kekecohan dan pergelutan di kalangan penyokong beliau dan penyokong lawan.

Pada Sabtu, Palanivel memilih untuk tidak mensensasikan insiden itu dengan berkata, penunjuk perasaan itu adalah kumpulan kecil yang ingin mencetuskan huru-hara.

Kumpulan tersebut katanya, terdiri adaripada mereka yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan MIC pada tahun lalu dan berada di ‘peringkat bawahan’ parti itu.

“Mereka adalah orang yang mendesak saya untuk meletak jawatan. Bagaimana saya mahu meletak jawatan. Ini adalah kumpulan kecil tetapi mereka bukan daripada kepimpinan tertinggi, mereka di peringkat bawahan.

“Saya tidak peduli tentang semua ini. Malah saya masuk ke dalam kereta dan mereka tidak pernah datang dekat dengan saya. Saya berlalu pergi,” kata Palanivel dalam satu temu bual.

Palanivel berkata, beliau mendapat sokongan majoriti daripada kepimpinan peringkat negeri dan bahagian serta menegaskan parti itu tidak dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan.

Katanya, kebanyakan ahli yang hadir pada Khamis lalu memberi sokongan kepada beliau.

“Parti kita begitu kuat, seramai 1,000 ahli hadir untuk menyokong saya, kesemua pegerusi MIC negeri dan cawangan ada di sana.

“Hanya sebilangan kecil yang mencetuskan huru-hara, berkelakuan seperti samseng dan bertindak ganas – kita mesti tahu siapa mereka.

“Mereka cuba mencetuskan provokasi dan kumpulan saya mahu bertindak balas tetapi mereka tidak, mereka hanya berdiam diri,” katanya.

Beliau berkata, adalah mustahil segelintir kumpulan penunjuk perasaan dibawah masuk untuk mencetuskan huru-hara.

Ditanya mengenai arahan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS), Palanivel berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) adalah tidak salah disisi undang-undang seperti yang didakwa kumpulan penunjuk perasaan.

RoS pada 5 Disember lalu membatalkan keputusan pemilihan tiga Naib Presiden dan 23 jawatan CWC semasa pemilihan MIC di Melaka, November tahun lalu.

Pertubuhan itu mencadangkan kepada MIC untuk mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 90 hari bagi kesemua jawatan tersebut selepas mendapati berlaku penyelewengan dan melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

“Kami sudah menang pemilihan itu. Mereka tidak menyalahi undang-undang. Bagaimana CWC yang dipilih boleh dikatakan menyalahi undang-undang? Ia tidak boleh jadi begitu. Calon Pemuda menang, Wanita menang, saya menang, Timbalan menang, semua Naib Presiden juga begitu dan CWC menang dengan majoriti baik.

“Sudah jelas mereka yang tewas hanya mahu mencetuskan masalah didalam parti,” kata Palanivel.

Palanivel dan Timbalannya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam akan bertemu RoS pada minggu depan.

“Saya masih berbincang dengan peguam kami mengenai surat daripada RoS.

“Sekiranya mereka menegaskan perlu ada pemilihan semula, kami akan melakukannya – tiada masalah.

“Sekiranya mereka kata tidak perlu, jadi ia akan muktamad,” kata Palanivel.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan bekas pemimpin MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu, Palanivel menjawab pertanyaan itu dengan tenang dan berkata, beliau seorang yang baik.

“Saya adalah setiausaha akhbarnya sebelum ini. Beliau sentiasa bercakap dengan saya, dia orang yang baik,” kata Palanivel.

Samy Vellu mengundur diri pada 2010 selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Hubungannya dengan Palanivel dilaporkan mulai tegang sejak itu.

Pada Khamis, tunjuk perasaan terhadap Palanivel diketuai oleh anak lelaki Samy Vellu, Pengarah Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari dan bekas Ketua Pemuda Datuk T.Mohan.

Ketika ditanya sama ada kepimpinannya sering kali dibandingkan dengan Samy Vellu, Palanivel menegaskan mereka berbeza sama sekali.

“Tidak. Beliau adalah contoh pemimpin berbeza. Saya bekerja dengan cermat dari Johor sehinggalah ke Kedah. Saya tidak mencetuskan masalah.

“Saya mengukuhkan peringkat akar umbi secara senyap-senyap. Saya menjalankan tugas, menyediakan peruntukan kepada kuil dan NGO. Ia tidak berlaku pada masa itu.

“Kami membantu mereka yang memerlukan bantuan menerusi dana Manickavasagam sebagai contoh dan ia bukan untuk orang kaya.

“Kami juga memberi bantuan pinjaman kepada pelajar dan ianya tanpa faedah,” katanya.

Pada Jumaat, Palanivel mengkritik tindakan sekumpulan penunjuk perasaan dengan menegaskan mereka yang berkelakuan samseng dan ganas tiada tempat di dalam parti itu.

Beliau meminta mereka yang bertanggungjawab untuk mencermin diri sendiri dan memutuskan sama ada tindakan mereka memberi sebarang faedah kepada masyarakat India dengan cara itu.

“MIC berusaha untuk membantu masyarakat. Ini bukan filem dimana samseng adalah hero,” katanya. – mStar Online

comments